MENGEJAR
GELIGA DI HUJUNG GELITA
Bahagian 7 - Terakhir dan Penutup
(Tribut: Kepada rakyat Kelas Tiga yang masih merasakan
dirinya tersiksa dan terhina, hasil proses pemerintahan kuku besi yang beransur berkarat).
Kalau
ada sesiapa yang ikut serta dalam demonstrasi aman rakyat terhadap pemerintahan Mahathir
yang rasa kecewa dengan prestasi pembabitan mereka, biarlah artikel ini ditujukan khas
kepada mereka. Izinkan saya memulakan artikel ini dengan memetik satu nukilan dari hati
yang merintih seorang aktivis yang tersiar di FGR bertarikh 16/4/2000:
"Aku
Selamat Tetapi Jiwaku Memberontak"
..... "Aku berada di RS (stesyen
keretapi?) sewaktu polis memancutkan racunnya. Aku lihat ramai yang lari. Aku pun lari.
Aku teringatkan ibu, isteri dan anak-anak. Aku tak tahu apa yang berlaku di belakang aku.
Cuma yang aku perasaan begitu ramai polis yang beruniform dan mungkin yang tak beruniform.
Itu pun polis agaknya. Aku sampai di Hill Park, lalu berehat melepaskan lelah dan
membersihkan diri. Aku sedar hari dah subuh. Isyak pun aku tak buat. Aku bersarapan sambil
mendengar cerita lanjut reformasi semalam daripada teman-teman yang telah menumpangkan aku
untuk berehat.
"Pukul lapan aku mohon pulang. Mujurlah ada teman yang ingin ke
utara. Aku tumpang...dan sampai rumah hampir pukul 12.
"Dalam kereta aku
menung. Kenapa aku begitu penakut semalam? Kenapa aku tidak membiarkan polis menangkapku?
Aku ingin merasai pengalaman menjadi tahanan reformasi. Mahu berkongsi pengalaman bersama
Ezam, Ruslan dan lain-lain. Aku ingat aku berani, rupanya tidak. Aku malu pada diriku
sendiri. Aku malu berhadapan dengan anak-anak dan isteri. Aku ayah yang bacul dan suami
yang bacul. Kenapa aku bukan tahanan yang ke-47 semalam? Kalau aku ditangkap, betapa
bangganya aku? Betapa aku mencipta sejarahku sendiri. Betapa aku mengulangi sejarah
perjuangan datukku dahulu. Betapa bangganya datuk mempunyai cucu seperti aku..."
-Metdeghih
- Dari FGR 16/2/2000.
Demikianlah sebahagian cetusan rasa seorang peserta
demonstrasi rakyat. Teks sepenuhnya pasti dikutip oleh setiap laman web untuk dipaparkan
dan kemudiannya diarkibkan. Tulisan seperti ini tidak perlu diberi sebarang komen. Ia
mempunyai maknanya sendiri dan semangatnya tersendiri. Membuat komen sembarangan akan
tulisan seperti ini akan memalapkan keindahan dan keaslian semangatnya.
Memang
sudah menjadi satu kelaziman, setiap tunjuk perasaan aman akan membawa cerita sedih, pilu,
suka, derita, ketawa dan juga lucu. Oleh kerana sesuatu tunjuk perasaan itu
mencerminkan perilaku manusia yang terserlah secara bersahaja dan mungkin juga secara
tertekan. Pelbagai cerita akan muncul lagi untuk mewarnai sejarah pergolakan bangsa
menentang pemerintahan kukubesi secara aman. Kalau di negara barat, tunjuk perasaan
seperti ini sudah mengorbankan beberapa jiwa di kedua-dua pihak. Di Korea, Thailand,
Fillipina dan Indonesia, tunjuk perasaan seperti ini selalunya berakhir dengan kebakaran
gudang dan kantor, kereta dan motor malahan nyawa yang tidak berdosa ikut melayang sama.
Bukan sahaja bom molotov, parang panjang dan belantan yang digunakan. Sebut sahaja apa
juga jenis senjata tercanggih di dunia, hampir semuanya ada dalam simpanan mereka. Pihak
yang menganjurkan rusuhan pasti mempunyai stockpile senjata yang berbahaya untuk menentang
pihak polis.
Di sinilah letaknya mutu para pemimpin demonstrasi Malaysia
dan kebijaksanaan para peserta demonstrasi itu. Mereka tidak menggunakan sebarang senjata,
melainkan suara dan semangat juang sahaja. Apakah Mahathir Mohammad dan para belacinya
tidak mampu bersyukur kepada Allah akan fenomena ini? Apakah mereka fikir rakyat Malaysia
tidak mampu menentang mereka dengan kekerasan bila dicabar? Semuanya mungkin berlaku satu
hari nanti. Apabila ia berlaku memang tidak ada jalan untuk berpatah balik. Mahathir bin
Mohammad harus bersedia menghadapi hari-hari sebagai petanda berakhirnya tarikh luputnya.
Pesta
Rakyat Yang Tidak Dilesenkan
Apa yang telah berlaku adalah satu gambaran jelas
betapa pihak yang memerintah sudah jauh ketinggalan dalam kaedah memerintah rakyat yang
memilih mereka. Sepatutnya permintaan rakyat untuk berdemonstrasi diberikan lesen oleh
polis agar usaha rakyat itu boleh bertukar menjadi satu pesta yang disertai oleh sesiapa
sahaja tidak kira apa usianya dan apa juga fahaman politiknya. Biarkanlah mereka pilih
apa tema yang sesuai untuk memperingati perkampungan secara aman itu. Itu hal mereka, yang
pentingnya mereka diberikan kebebasan untuk bersuara mengikut perlembagaan yang
menjaminkan hak itu kepada mereka.
Melalui pertembungan sihat seperti yang
dirancangkan oleh para penganjur GELITA 14 itu, rakyat tentu faham apa yang dimaksudkan
oleh pihak penganjur. Di waktu yang sama pihak kerajaan tentu berupaya untuk
bertindak memperbaiki prestasinya.
Di negara maju, hampir semua tunjuk perasaan
rakyat dilakukan secara perundingan awal akan agenda yang dipilih oleh pihak yang
mengadakan tunjuk perasaan. Mereka berbincang lebih awal dulu dengan pihak polis agar
segala persiapan menjadi rapi dan tidak mengganggu-gugat keselamatan negara. Tempat berdemonstrasi, tema tunjuk perasaan, tempoh bertunjuk perasaan dan segala kelengkapan yang
akan dibawa sebagai 'prop' untuk menguatkan tunjuk perasaan; semuanya dirunding dulu
dengan pihak polis untuk kejayaan sesuatu demonstrasi. Dengan lain perkataan, pihak polis
menentukan keselamatan harta awam dengan mengajak pemimpin kumpulan yang mahu
berdemonstrasi itu untuk berunding dulu. Perkara ini dilakukan kerana menunjuk perasan itu
adalah satu kebebasan yang dihormati oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia yang mengamalkan
demokrasi. Malahan, di negara komunis pun peristiwa tunjuk perasaan dirunding dulu oleh
kedua-dua pihak yang terbabit.
Apakah Mahathir sudah pekak badak kerana tidak
memahami kaedah ini? Kenapakah dia berpura-pura tidak tahu akan taktik berdemonstrasi masa kini? Kalau kita lihat kos yang dikeluarkan untuk melatih pegawai polis dalam ilmu
pertahanan awam mereka tentu pakar dalam psikologi membenteras huru hara rakyat. Ini
bererti mereka memang pakar dalam demonstrasi rakyat.
Usah Dibendung Demonstrasi Aman
Rakyat
Sejarah telah membuktikan setiap kerajaan yang menidakkan rakyatnya menunjuk
perasaan secara aman terpaksa bersedia akhirnya digulingkan oleh rakyat secara yang tidak
aman. Di Thailand beberapa tahun yang lalu ramai para aktivis yang sanggup berpuasa
berhari-hari lamanya kerana mahukan kerajaan yang memerintah meletakkan jawatan.
Demonstrasi aman seperti ini diperlekehkan sahaja. Akhirnya rakyat memberontak dan berbuat
huru hara dan kerajaan itu pun lari lintang pukang.
Di Fillipina, kerajaan Marcos
kerap membendung tindakan rakyat berdemonstrasi. Malahan, setiap kali Marcos ke luar
negara dibawanya semua isteri para pemimpin tentera dan polis sebagai cagaran agar suami
mereka tidak berbuat angkara untuk menggulingkan kerajaannya. Akhirnya rakyat bersatu dan
menunjuk-perasaan dan sanggup membuat benteng berhadapan dengan kereta-kebal tentera.
Marcos terbang lintang pukang dan kojol di negara orang.
Di Indonesia, Pak Soharto
sudah lama digulingkan. Sebelum itu dia berperanan sebagai Dewata Raya di Indonesia
Raya. Isterinya Tien Suharto melakukan apa sahaja yang diingininya untuk mengaut khazanah
negara. Pak Harto mengundurkan diri setelah menyerahkan kuasa kepada Habibie. B.J. Habibie
pun sudah mengundurkan diri kerana mengikutkan kehendak majoriti rakyat yang mahukan Gus
Dur. Ketika Pak Harto melepaskan jawatannya, dia tidak pernah bersuara bahawa Indonesia
akan dilepaskannya setelah adanya klon untuk menggantinya. Dia tidak pernah pun meletakkan
syarat sampai bila dia boleh berkuasa kerana dia tahu itu bukan lagi dalam bidang
kuasanya. Dia berserah dan pasrah untuk melepaskan jawatannya. Yang menjadi kucar kacir
sebelum dia meletakkan jawatan adalah gara-gara reaksi para jongos dan juak yang mahukan
kuasa Pak Harto itu dikekalkan. Mereka tahu kalau Pak Harto pergi, kuasa yang ada pada
mereka itu pun tidak akan bertahan lama lagi.
Oleh kerana kuasa Pak Harto telah
terlalu tinggi letaknya dan kekuatannya telah dipropagandakan sebagai terlalu besar,
makanya Pak Harto dapat bertahan lama. Itulah dia illusi yang dipasang siap oleh para
jongos dan juak yang mengampunya. Mereka itulah sebenarnya pengkhianat negara yang kini
masih menunggu untuk ditelanjangkan dosanya.
Fantasi seorang Diktator Sewel
Oleh
kerana si diktator tua sudah semakin sewel, sebarang usaha rakyat mendedahkan
salah-lakunya mesti ditentang habis-habisan. Apakah rintihan rakyat itu relevan ataupun
tidak, sudah tidak menjadi minatnya. Dia sudah lupakan kepentingan rakyat yang meletakkannya di persada yang sungguh berkuasa. Oleh kerana terlalu lama berkuasa, dia
sudah semakin takbur bahawa kuasa itu adalah hak mutlaknya selagi hayat dikandung badan.
Alangkah aibnya perbuatan itu. Apa saja yang dikatakan oleh rakyat agar dia boleh
bertaubat akan ditentangnya.
Sebagai seorang Islam, kita harus ambil banyak iktibar
daripada apa yang berlaku sekarang. Mahathir bin Mohammad adalah pemimpin tertinggi sebuah
parti politik yang lama berkuasa. Inilah parti politik yang dikatakan menjamin ketuanan
orang Melayu. Inilah parti politik yang dikatakan menjamin kesucian agama Islam. Tetapi,
lihat dulu apakah yang berlaku sejak dua puluh lima tahun yang lalu. Di manakah
martabat orang Melayu secara keseluruhannya? Di manakah kedudukan agama Islam secara
kenyataannya di negara tanah orang Melayu? Jikalau raja-raja Melayu merupakan ketua agama
Islam di negeri masing-masing, kenapa keluhuran agama Islam itu tercemar secara
berdikit-dikit tanpa diperbetulkan? Kenapakah Mahathir bin Mohammad dibiarkan terus
memperlekehkan ajaran Islam itu? Kita tentu teringat akan nama Salman Rushdie, seorang
yang menganut agama Islam yang menulis buku 'The Satanic Verses' yang mempersendakan agama
Islam. Kalau kita baca buku itu dan ambil segala ucapan Mahathir yang menghina agama
Islam, kita akan berani berkata bahawa Mahathir Mohammad bukan sahaja setongkang dengan
Salman Rushdie malahan lebih teruk dan jijik lagi. Kalaulah ucapan-ucapan Mahathir itu
diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disebarkan, sudah pasti ada beberapa kumpulan
Islam di dunia ini yang menawarkan hadiah agar Mahathir Mohammad dibunuh sahaja.
Keupayaan
orang Melayu bersabar dan tidak terburu-buru seperti orang Iran yang menghukum Salman
Rushdie adalah satu gambaran budaya orang Melayu. Mereka lebih rela menunggu masa agar
Mahathir memperbaiki keadaan dan sedar untuk bertaubat nasuha, setidak-tidaknya sebelum
dia mati. Tetapi, apabila kita lihat perangainya yang berpanjangan memburukkan bangsa
Melayu itu, setakat manakah kesabaran itu boleh bertahan? Apakah beliau masih layak
digelar pemimpin negara kalau niat baik rakyat berkumpul menyerahkan satu memo kepada
Agongnya dikatakannya sebagai huru hara? Bukankah itu gambaran seorang pemimpin yang sudah
sewel?
Siapakah Lagi Disamping Diktator Sewel ?
Kita dapat melihat
secara jelasnya di hari-hari yang mendatang, siapa yang sedang memerintah negara ini
secara logiknya. Adakah pemerintahan itu sebenarnya datang daripada Mahathir ataupun
beberapa orang lain yang menggunakan Mahathir sebagai proksi mereka. Soalan ini kita
kemukan kerana mendapat Mahathir sudah semacam tidak berapa minat untuk memerintah. Dia
sudah tidak kisahkan sangat masalah rakyat jelata.. Rakyat jelata yang merasakan tekanan
hidup bertambah-tambah disebabkan pelbagai masalah sudah semakin tertanya-tanya apakah
Mahathir memahami kesengsaraan mereka. Apakah Mahathir tahu betapa susahnya hidup di kota raya dengan gaji sekitar RM 650.00. Itulah gaji yang diterima oleh kebanyakan pengawal
keselamatan dan polis biasa. Itulah juga gaji yang diterima oleh sebahagian besar penghuni
rumah setinggan di kota raya. Apakah yang boleh dibelanjakan dengan wang sebanyak itu bagi
sebuah keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya lima mulut untuk disuap setiap hari?
Kalau
Mahathir faham akan masalah ini tentu dia sudah lakukan satu program untuk memperbaiki
taraf kehidupan rakyatnya. Tetapi apakah yang selalu digembar-gemburkan? Dia selalu
berkata; "Kerajaan menyokong projek besar-besar kerana apabila projek itu mendapat
keuntungan, kerajaan menerima cukainya untuk diagihkan kembali kepada rakyat" Soalnya
sekarang di manakah cukai yang dibayar oleh syarikat besar-besar itu sedangkan mereka
memerlukan duit rakyat untuk terus bernafas dan jatuh tergolek kerana muflis?
Apabila
rakyat mula sedar akan kepincangan pimpinan negara, rakyat mengeluh dan mahu
Mahathir undur. Tetapi, bukan sahaja Mahathir yang enggan undur, malahan semua pengampu
yang menakik khazanah negara yang tidak mahu Mahathir undur. Mereka amat takut kalau
Mahathir sudah tidak berkuasa, mereka adalah golongan yang pertama yang akan menerima
padahnya, bukannya keluarga Mahathir.
Sistem Pelindung Yang Melindungi
Mahathir
Sejarah kepimpinan Mahathir bukannya cantik sangat. Ia menjadi cantik
disebabkan proses propaganda yang bertubi-tubi. Terlalu banyak khazanah negara yang
dibazirkannya kerana beberapa projek yang telah dikendalikan oleh para kroni. Kalau kita
perhatikan beberapa projek yang diterajui oleh ketua syarikat daripada kaum China,
kita dapati projek itu gagal dengan membabitkan berjuta ringgit. Mahathir masih sanggup
mempertahankan projek itu sehingga ke titisan peluh jantannya. Yang lucunya, hampir semua
projek yang gagal itu diamanahkannya kepada taiko-taiko Cina yang dipertikaikan oleh
sebilangan besar masyarakat Cina di negara ini. Lihat dulu siapa Eric Chia, Tan Sri Ting,
Vincent Tan, Abdullah Ang dan banyak lagi. Begitu juga yang sedang naik laksana
roket sekarang ini yang namanya tidak perlu kita sebutkan dulu. Apakah Mahathir amat
berpegang teguh kepada falsafah China bahawa orang yang tidak berkelulusan
universiti lebih pintar menguruskan perniagaan besar-besar? Ataupun apakah mereka itu
dipilih kerana mudah dimanipulasi? Siapakah yang menapilusai siapa dalam hal ini?
Sebenarnya,
beberapa harian dan majalah Cina memang banyak menulis akan perkara ini, cuma kita orang
Melayu tidak membacanya kerana tidak ada terjemahannya. Seorang kawan Cina yang kerap
memberikan terjemahan secara suka rela kepada saya akan cetusan minda masyarakat Cina
pernah berkata:
........."Adalah amat sayang sekali, Mahathir seorang Melayu
yang berpelajaran tinggi mudah termakan pujuk rayu orang Cina yang tidak berpelajaran.
Inilah golongan yang naik melalui tipu muslihat dan penggunaan samseng dan segala rupa
bentuk korupsi. Golongan Cina seperti ini akan menggunakan segala taktik kotor untuk naik
dan menjadi kaya. Mereka tidak punyai pilihan lain. Inilah golongan yang sanggup
menggadaikan isteri dan anak mereka untuk meniduri sesiapa sahaja yang mereka mahu
pengaruhi. Nampak sangat Mahathir telah terpesong dengan mempercayai golongan ini.
Bahananya memang tidak jelas sekarang ini kerana golongan serupa ini menggunakan
wang panas sebagai modal perniagaan mereka. Kejayaan mereka mempergunakan Mahathir bererti
mereka menjadi juara untuk membersihkan wang haram itu di negara ini. Amalan
'Money-laundering' merupakan sistem benteng mempertahankan kuasa Mahathir selama
ini."
Saya percaya Mahathir memang tidak menyedari perkara ini daripada awal
lagi. Dia bukannya semudah itu untuk dibelit oleh orang-orang yang rakus. Tetapi,
sejak tujuh tahun yang lalu, saya telah meneliti ucapan-ucapan dan cara Mahathir berfikir.
Nampak sangat beliau berfikir seolah-olah dia menguruskan satu konglomerat perniagaan dan
bukannya mentadbir sebuah negara yang majmuk penduduknya. Kalau kita selidiki pula
jenis-jenis perniagaan yang diceburi oleh anak-anaknya dan kita amati pula para rakan
kongsi mereka akan timbul satu trend bagaimana Mahathir dipengaruhi oleh orang-orang yang
menjadi rakan kongsi anak-anaknya itu.
Oleh kerana kebanyakan bisnes yang
dikendalikan adalah bisnes yang besar-besar, kita boleh buat andaian bahawa umur yang
tidak seberapa dan pengalaman kerja yang masih matang tidak memungkin anak-anaknya itu
pintar dalam urusan yang mereka kendalikan. Apabila berlaku kecacatan kepada agenda
perniagaan, mereka tidak mampu mengawal proses merudumnya perniagaan mereka kerana
kekurangan pengalaman. Jalan pintas yang paling mudah ialah meraung kepada papa dan mama
untuk meminta bantuan. Apa lagi, pintu khazanah negara pun dibuka tanpa melaungkan mantera
'Semar Inseng matakaji.....' yang pernah diajar oleh P Ramlee kepada orang Melayu dulu.
Mahathir hanya perlu memenjarakan Anwar Ibrahim dengan pelbagai tuduhan yang jijik-jijik,
tidak kiralah termasuk meliwat sesiapa sahaja yang namanya ditonjolkan untuk dijadikan
mangsa. Bukankah itu taktik peniaga Cina di zaman dulu-dulu?
Siapa Sebenarnya
Yang Diselamatkan?
Untuk sekian lama sejak dua tahun yang lalu kita diberitahu
betapa Mahathir membalun harta negara untuk menyelamatkan syarikat anak-anaknya. Tidak,
itu tidak benar-sebenarnya. Dia telah melakukan semua itu untuk menyelamatkan para
kroninya.. Anaknya terus dimangsakan oleh para kroni itu untuk menutup identiti mereka.
Inilah golongan yang masih menguasai kerusi di parlimen, di dewan undangan negeri dan yang
masih menjadi tokoh korporat yang dihormati. Sebenarnya Mahathir amat arif tentang hal
ini. Itu sebabnya dia mudah melenting kalau ada orang bertanya kenapa dia terlalu memberi
penekanan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anaknya. Dalam hal ini Mahathir,
memang ada betulnya.
Untuk mengetahui syarikat yang dimiliki oleh anak-anak
Mahathir, anda boleh buka Laman Fitnah e-UMNO (http://come.to/e-umno)
dan buka laman Harat anak-anak. Di laman web lain pun ada semua butir-butir itu
diarkibkan. Dari situ kita akan tahu berapa besarnya harta yang dimiliki oleh anak-anak
Mahathir ini. Aduuuhhhh. Banyak sekali. Tidak setimpal dengan umur mereka dan ilmu
pengetahuan mereka. Bayangkan apakah perasaan anak-anak Melayu yang pernah belajar dengan
mereka di sekolah hingga ke universiti. Bagaimanakah keadaan anak-anak Melayu itu yang
masih lagi melunaskan biasiswa kerajaan mereka dan cuba bekerja secara jujur dan amanah
sambil membayar ansuran rumah dan kereta.
Menyedari hakikat ini eloklah kita sedar
betapa Mahathir berperangai songsang sejak sepuluh tahun yang lalu kerana terjebak ke
dalam kancah yang disediakan oleh sistem pemerintahannya yang sudah membesar laksana satu
raksasa. Dia tidak berupaya memusnahkan raksasa itu kini dan terpaksa akur kepada kehendak
raksasa itu untuk terus berkuasa. Inilah bahananya memerintah dengan keyakinan rakyat dan
memungkirkan sumpah setia yang diambil ketika memegang jawatan yang diamanahkan itu. Itulah
sebabnya perangai Mahathir lima belas tahun yang lalu dan Mahathir di alaf baru ini
amat berbeza sekali. Dia sudah menjadi seorang banduan kepada sistem kerakusan yang sudah
menghantui hidupnya.
Untuk meneruskan rencana yang telah dikotak-katikkan oleh sistem
raksasa ini ramai para pengikut setianya yang menjadi mangsa. Ghafar Baba, Musa
Hitam, Tengku Leigh, dan yang terakhir ialah Anwar Ibrahim. Semua
pemimpin yang namanya disebut sebelum Anwar telah terjebak ke kancah oblivion ataupun
semi-oblivion (oblivion bererti terpendam) melainkan Anwar. Anwar Ibrahim cuba dipendamkan
juga tetapi sanggup bangkit menentang Mahathir dan akhirnya terjerumus pula dalam penjara.
Mahathir
sanggup memenjarakan Anwar yang merupakan benteng utama yang melonjakkan namanya dan
melanjutkan pengaruh kuasanya yang amat rapuh dan palsu selama itu. Setelah merasakan
kepuasan kuasa dia terus haloba dan sanggup memenjarakan Anwar semata-mata mahukan terus
berkuasa. Sebenarnya, Mahathir yang terpenjara kini walaupun pada asasnya jasadnya masih
bebas bekeliaran ke sana-sini. Dari segi spiritual, fikiran Mahathir sudah lama
terpenjara dalam kepompong yang menyanyokkan.
Bila Rakyat Gelisah
Sejarah
telah menunjukkan rakyat mula gelisah apabila kehidupannya tidak tenteram.
Ketenteraman kehidupan dirasakan tergugat apabila pendapatan bulanan tidak dapat menampung
keperluan hidup rakyat jelata. Ini berlaku apabila kos barang makan semakin meningkat. Kos
perkhidmatan yang asas seperti tambang bas, tol, keretapi, wayang, dan sebagainya semakin
mengikat sehinggakan rakyat merasa tertekan untuk hidup secara 'simple' dan bersahaja. Di
waktu yang sama rakyat mula membuat penilaian secara mencongak akan cara hidup mereka
dengan cara hidup jiran di sebelah rumah. Kalau keadaan tertekan sama dirasai, mereka akan
berkumpul pula untuk menilai cara hidup orang lain.
Apabila rakyat marhaen menilai
pula cara hidup orang atasan mereka tentu menjadi keliru dengan sistem pemerintahan
negara. Mereka menjadi tertekan melihatkan betapa adanya satu kumpulan manusia yang mampu
menggunakan kereta berlainan setiap hari kerana terlalu banyak kereta di halaman rumah.
Apabila melihatkan latar belakang orang yang hidup mewah itu tidak pun seberapa hebat
dengan orang lain, tentulah masyarakat keliling tertanya-tanya di gua manakah si 'Ali
Baba' mendapatkan harta karun. Tentu rakyat marhaen mahu juga menjadi 'Kassim Baba' sekali
dalam hidupnya. Apabila diberitahu keperluan menjadi kaum kerabat Para Kroni, sudah
tentu rakyat marhaen merasakan diri mereka sudah jatuh menjadi rakyat negara kelas Tiga.
Dengan
hal yang demikian Mahathir Mohammad tidak boleh menyalahkan rakyat jelata berdemonstrasi
kalau mereka mahu menyerahkan satu memorandum kepada Yang di Pertuan Agong ataupun kepada
raja dan sultan yang lainnya. Mereka tidak ada pilihan lain lagi setelah menilai keadaan
hidup mereka yang terus tertekan. Rakyat berhak meminta raja-raja bertindak menyingkirkan
Mahathir daripada jawatannya kerana rekod kezaliman pemerintahannya. Tindakan rakyat
adalah mengikut apa yang dibenarkan oleh perlembagaan negara. Kenapakah Mahathir
menidakkan hak rakyat bertemu rajanya untuk menyerahkan satu memorandum ? Kalau rakyat di
negara ini dengan mudah boleh bertemu sebarang duta luar negara untuk menyerahkan surat
bantahan (seperti yang kerap dilakukan oleh pergerakan pemuda UMNO) kenapakah rakyat tidak
dibenarkan melakukannya terhadap raja mereka sendiri?
KESIMPULAN
Belum
pun sampai empat puluh empat hari, sejak Mahathir meminta raja-raja turun ke padang
bertemu rakyat untuk memperbaiki perpecahan yang dikatakannya melanda masyarakat
Melayu. Seruannya itu pun belum dipraktikkan lagi oleh raja-raja dan besar kemungkinannya
ia hanya merupakan satu seruan sahaja. Cukup untuk dijadikan bahan sejarah raja-raja
Melayu dengan rakyatnya. Itulah cara pentadbiran Mahathir. Kita tentu masih ingat beberapa
projek rakyat yang dilancarkan ketika kempen pemilu ke-10 hampir memuncak. Ada kempen
Tujuh 'M'. Ada kempen 'Pas Baru' di Kelantan, ada kempen 'Malaysia Boleh' dan 'Majulah
Malaysia dan sebagainya. Semua itu adalah sebahagian daripada propaganda untuk mengekalkan
kuasa Mahathir dan para juaknya. Begitulah juga dengan projek Rakan Muda yang berjuta-juta
harganya. Siapakah yang untung daripada projek itu kalau bukan para kroni semuanya?
Kini
rakyat yang hidupnya semakin tertekan sudah pun bersatu untuk menentang pemerintahan
Mahathir secara aman. GELITA 14 yang memperingati pemerintahan yang zalim telah digerakkan
dengan penyerahan satu Memorandum kepada yang di Pertuan Agong. Barisan rakyat yang aman
itu sepatutnya diberi ruang untuk menyerahkan Memo itu tanpa perlunya sebarang lesen.
Kerana sikap itu adalah tanda hormat para pemimpin kepada rakyatnya. Lagi pun kebebasan
berdemonstrasi adalah satu kebenaran yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Adalah
amat malang Mahathir sebagai pemimpin terulung negara sanggup memfitnah bahawa rakyat akan
berbuat huru hara dengan bersenjatakan bom molotov, parang panjang dan belantan. Rakyat
ternyata lebih bijaksana darinya. Demonstrasi GELITA 14 telah berjalan dengan jayanya dan
sekaligus memperlekehkan pendirian dan buruk-sangka Mahathir. Saya ingin merakamkan satu
kandungan email yang ditulis akan hal ini:
.... "Bersyukur
Hanya Kepada Yang Esa" oleh: ZABA
.. "Dua tiga hari lalu saya bertekun
bersolat hajat untuk keselamatan rakyat marhaen yang akan berjuang pada 15 April.
Saya tidak kesempatan menukilkan coretan hati di ruangan yang saudara khaskan, atas
sebab-sebab tertentu. Tidak malu untuk saya katakan bahawa saya tidak berusaha untuk turun
sama pada hari tersebut. Namun jauh di lubuk hati saya, sumbangan yang amat kecil yang
dapat saya hulurkan ialah doa restu yang tidak putus-putus malah sejak dua tahun yang
lalu. Setiap detik kehidupan saya (selain dari memikirkan diri sendiri), saya memikirkan
keadaan bangsaku dan apakah kesudahan kes DSAI. Semangat sentiasa berkobar, sememangnya
tidak akan pernah padam.
"Hari ini saya menyaksikan deretan trak-trak polis
dan FRU di sepanjang Dataran Merdeka dan hati saya berdetik pilu mengenangkan seolah-olah
kita berada dalam suasana amat getir sedangkan rakyat marhaen relaks bersantai di
sepanjang jalan tanpa reaksi cemas di wajah mereka.
"Semasa berkumpul
saudara-mara pagi ini selepas majlis usrah kami berbual-bual mengenai ura-ura demonstrasi.
Tidak seorang pun dari kami yang sudi menonton TV ataupun membaca akhbar untuk mengetahui
berita terkini. Kenapa?....Mereka sudah lali dengan cerita akan berlaku huru-hara. Malah
suasana menjadi gamat seperti selalu dengan masing-masing menceritakan telatah PM yang
sewel.
"Semasa memandu melintasi bandar raya tengah hari ini saya semakin insaf
akan erti perjuangan ini dan merasakan betapa setiap hati dan dada rakyat marhaen yang prihatin telah tertanam semangat untuk membawa Malaysia ke era baru sebagaimana yang
diluahkan oleh DSAI dari bilik kurungannya. Saya masih ingat kata-kata DSAI pada 20
September 1998 di Masjid Negara: "Seorang Anwar pergi seribu Anwar akan muncul"
amatlah berbisa...."
....Melalui email bertarikh 16/4/2000.
Rakyat marhaen sudah bangkit sempena kemunculan GELITA 14. Mereka bangkit mengikut cara yang
mereka tahu. Ada yang berdoa, ada yang bersolat hajat, ada yang sanggup menantikan
pancutan air asid mengenai tubuhnya. Mereka datang dari pelusuk negara hanya dengan satu
berita agenda yang pendek tetapi penuh bermakna. Inilah kebangkitan rakyat yang pernah
saya ingatkan kepada mereka yang berkuasa dan memerintah sejak dua tahun yang lalu.
Mahathir dan para juaknya memperlekehkannya seolah-olah rakyat marhaen itu adalah
robot yang boleh dikunci-kunci di belakangnya untuk melakukan apa sahaja gerak laku yang
telah diprogramkan. Itulah rakyat marhaen di zaman IT, mengikut persepsi Mahathir
Mohammad. Oleh kerana taksubnya dengan kemegahan negara di bawah pentadbirannya, oleh
kerana besarnya nafsu untuk menjadikan negara menonjol dalam bidang IT Mahathir
fikir rakyat sudah boleh diprogram seolah-olah sudah tertanam satu chip khas di anggota
mereka.
Kalau rakyat mahukan lesen berdemonstrasi dia mahukan rakyat membawa bom
molotov, parang dan belantan untuk mencetuskan huru-hara. Itulah demonstrasi rakyat
mengikut tafsirannya. Dia lupa itulah chip IT yang belum terpasang di otak semua rakyat
yang tidak segila dan sesewel dirinya. Rakyat negara ini tidak perlu chip IT seperti
itu.
Masanya sudah sampai untuk Mahathir Mohammad memasang satu chip pada dirinya
yang boleh mengulangkan kata-kata yang berbunyi: Undurlah dengan cara terhormat ketika
masih lagi bernyawa.......!
Wassallam.
Marhaintua@Hotmail.com
17.4.2000
|